Tutup

Perkasa Tenun Diraja Pahang, bantu B40 dapatkan pekerjaan

Belanjawan 2020 juga dijangka akan terus memberikan perhatian kepada golongan B40 di negara ini. Ini termasuk menyediakan ekosistem untuk memudahkan golongan ini menceburi keusahawanan bagi menjana pendapatan sampingan. Di Pahang, usaha memperkasakan warisan tradisional Tenun Pahang Diraja mampu membantu golongan B40 mendapatkan pekerjaan sampingan, sekali gus meningkatkan pendapatan bulanan mereka. Dania Zainuddin ada laporan dari Kompleks Tenun Pahang Diraja di Kuantan, Pahang.