Tutup

Perkembangan banjir di Baling, Kedah

Gelombang keempat banjir di Baling, Kedah yang berlaku sejak malam tadi mengakibatkan 288 penduduk daripada 115 keluarga setakat jam 11 pagi tadi telah dipindahkan ke 7 pusat pemindahan terdekat. Berdasarkan maklumat, jumlah terbabit telah melebihi jumlah mangsa pada ketiga tiga gelombang banjir yang berlaku di Baling sebelum ini dan dijangkakan akan bertambah dari semasa ke semasa.. Untuk butiran lanjut, di lokasi ketika ini, wakil Astro AWANI Kedah, Abdul Hadi Che Awang.