Perkembangan banjir di Sabah

Jumlah mangsa banjir di Sabah menunjukkan penurunan pagi ini dengan lebih ramai penduduk dibenarkan pulang. Setakat 8 pagi tadi, Sektretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah memaklumkan, masih terdapat 2,141 mangsa ditempatkan di 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah di negeri itu. Untuk perkembangan terkini banjir di Sabah, kita bersama wakil Astro AWANI di Kota Kinabalu, Ruzaini Zulkepli.