Perkembangan banjir di Teluk Intan

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong di Teluk Intan, Perak meningkat kepada 113 orang menjelang petang Sabtu. Selain Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9 yang dinaiki air sejak Jumaat, sebuah lagi kampung, iaitu Kampung Batu 7 1/2 juga dinaiki air. Untuk mengetahui perkembangan terkini banjir di Teluk Intan kita bersama dengan Kapten Pertahanan Awam Mohd Fazly Mohamad Zawawi yang merupakan Pegawai APM Daerah Hilir Perak.