Perkembangan banjir Sarawak

Banjir di beberapa kawasan di negeri ini menyebabkan 57 sekolah ditutup dan tidak beroperasi setakat 8 pagi ini. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata penutupan itu menjejaskan 6,274 murid, 826 guru dan 350 kakitangan bukan guru.