Perkembangan bas terbabas di Sepang

Angka korban nahas bas pekerja yang menjunam ke dalam longkang di Jalan S8 Pekeliling berhampiran MASkargo, di sini malam tadi meningkat kepada 11 orang. Sembilan daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi mangsa meninggal dunia di hospital, masing-masing satu di Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut insiden tersebut, bersama di talian, Ketua Polis Daerah Klia Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah.