Tutup

Perkembangan terkini banjir di Kubang Pasu

Keadaan banjir di Kedah bertambah serius selepas 5 daerah di negeri Jelapang Padi itu termasuk Kubang Pasu, Pendang, Baling, Sik dan Kulim terjejas akibat kebanyakan rumah penduduk dinaiki air. Di daerah Kubang Pasu, kejadian banjir kali ini merupakan kali ke-2 berlaku di daerah terbabit sepanjang bulan Oktober dimana ketika ini lebih 50 mangsa telah dipindahkan ke 1 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka pagi tadi. Untuk perkembangan terkini, kita bersama wakil AWANI Kedah, Abdul Hadi Che Awang.