Perketat undang-undang ke atas kilang memproses sisa plastik import

Malaysia sebagai tong sampah dunia. Menurut penyelidikan terkini dikeluarkan Pertubuhan Antarabangsa Greenpeace, Malaysia adalah tapak lambakan baru untuk kitar semula plastik dari lebih 19 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Jurucakapnya, Heng Kiah Chun berkata, laporan "Mitos Kitar Semula" oleh Greenpeace jelas menunjukkan pelanggaran peraturan dalam pelupusan sisa plastik, termasuk pembuangan sampah dan pembakaran secara terbuka.