Perkhidmatan di pintu masuk negara perlu dipertingkat

Dr Mahathir dalam sidang medianya berkata, mutu perkhidmatan di semua pintu masuk negara perlu dipertingkatkan agar lebih mesra pelancong bagi menjayakan TMM2020. Jelasnya, rakyat Malaysia juga perlu menunjukkan sikap ramah dan sentiasa senyum ketika berurusan dengan pelancong kerana ia menjadi antara keutamaan pelancong dalam memilih destinasi pelancongan.