Perkhidmatan LRT, MRT dilanjutkan sehingga 1 pagi Selasa ini

Operasi perkhidmatan LRT laluan Sri Petaling - Ampang, LRT laluan Kelana Jaya dan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang akan dilanjutkan sehingga 1 pagi Selasa depan. Ia sempena aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil.