Perlis transit produk kosmetik, ubat-ubatan

Padang Besar, Wang Kelian dan Kuala Perlis merupakan tiga lokasi tumpuan pelancong dipercayai menjadi medan transit produk kosmetik dan ubat-ubatan dari Thailand. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Nurulhisham Yaakob yang mendedahkan perkara itu menjelaskan ia dibawa masuk dalam skala kecil sebelum diedarkan ke seluruh negara.