Permintaan Orang Asli Pekan: Tolong pelihara Tasik Chini

Bersulam mitos purba kewujudan naga bersisik besi, Tasik Chini mempunyai makna yang mendalam buat Orang Asli suku kaum Jakun di Pekan, Pahang. Bukan sahaja penting sebagai penyumbang ekonomi masyarakat setempat melalui pelancongan dan perikanan. Tetapi Tasik Chini menyimpan sejarah kaum Jakun sehingga mereka mencipta lagu bagi menghargai sumbangan tasik air tawar semula jadi itu.