Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Permohonan baharu dan rayuan BPN dibayar Mei ini

Bayaran permohonan baharu serta rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dilakukan pada Mei 2020 selepas semakan dan pengesahan dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata ia melibatkan sejumlah 2.77 juta permohonan baharu dan 274 ribu permohonan rayuan. Beliau berkata, di bawah BPN, kerajaan memperuntukkan antara RM500 hingga RM1600 untuk golongan rakyat B40 dan M40 bertujuan untuk meringankan beban.