Tutup

Permohonan Salleh Keruak sertai PKR akan dinilai

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada masalah untuk menerima permohonan keahlian bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai parti itu. Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mengikut prosedur, Salleh secara automatik telah menjadi ahli PKR, bagaimanapun, pimpinan parti pusat memutuskan untuk diberi sedikit masa bagi membincangkan lebih lanjut berhubung permohonan berkenaan.