Tutup

Permohonan semakan keputusan Majistret untuk reman

Tiga aktivis memfailkan permohonan untuk menyemak perintah tahanan reman yang dikeluarkan Majistret terhadap mereka berhubung perhimpunan haram, Sabtu lepas. Adam Adli Abdul Halim, 26 tahun, Ahmad Syukri Ab Razab, 30 tahun dan Mandeep Singh, 29 tahun, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi melalui peguam Michelle Yesudas, pada Isnin.