Permohonan tangguh inkues Adib ditolak

Prosiding inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan diteruskan seperti biasa minggu depan. Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Umi Kalthum Abdul Majid selepas menolak permohonan pihak Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 untuk menangguhkan prosiding itu sementara waktu.