Perompak kedai dobi di penjara 12 tahun, sebat 9 kali

Suspek utama samun kedai dobi dan kedai serbaneka di Sungai Petani di penjara 12 tahun dan dikenakan 9 sebatan. Muhamad Zulfikar Nazriq Mohd Zahir, 21 tahun, mengaku salah atas tiga tuduhan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani, N. Priscilla Hemamalini.