Tutup

Persatuan vape gesa ketat peraturan pembelian e-rokok atas talian

Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) menggesa kerajaan untuk memperkenalkan peraturan bagi membendung penggunaan dan penjualan vape secara atas talian kepada pengguna bawah umur. Menurut Presidennya, Syed Azaudin Syed Ahmad, cadangan itu bagi meningkatkan kawal selia agar isu vape dalam kalangan kanak-kanak dihentikan.