Persepsi UiTM sebagai hak orang Melayu adalah salah

Persepsi bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sebagai hak bagi orang Melayu dan Bumiputera adalah tidak tepat. Bekas Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub menegaskan tujuan asal penubuhan UiTM hanya untuk membantu golongan Melayu dan Bumiputera yang miskin dan ketinggalan dan kini keadaan sudah berubah.