#PerspektifTunDaim: Kita perlu fokus kepada pertanian moden

Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata penggunaan teknologi yang serba moden dan terancang mampu meningkatkan hasil tanaman yang diusahakan oleh sesebuah negara. Malah, beliau juga menasihatkan agar semua pengusaha pertanian mengambil contoh negara maju seperti Belanda dan China dalam mengaplikasikan teknologi moden dalam pertanian sehingga menjadikan mereka antara negara pengeksport makanan terbesar dunia. Ikuti bual bicara eksklusif ini bersama Ashwad Ismail dan Kamarul Bahrin Haron di saluran 501 Awani dan juga astroawani.com