Tutup

Pertemuan Liverpool, Manchester City bakal menentukan musim ini?

Perlawanan penentuan musim. Itulah bagaimana ramai peminat bola sepak melihat pertemuan dua gergasi Liga Perdana Inggeris malam ini, Liverpool dan Manchester City. Ramai yang menganggap, petanda tercerah siapa yang akan menang liga musim ini akan dapat dilihat malam ini. Dan sekali lagi Astro AWANI mengumpulkan peminat kedua kelab gergasi ini untuk menonton perlawanan malam ini di edisi terbaru Funatic Fiesta, yang kali ini berlangsung di Futurise, Cyberjaya.