Tutup

Pertemuan Trump dan Kim Jong Un peluang baik buat Asia

Semasa lawatannya ke Jepun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ditanya mengenai pelbagai isu merangkumi politik Malaysia pasca PRU14, isu hubungan dengan China dan gelombang kedua dasar pandang ke Timur. Di satu pentas dialog, Dr Mahathir Mohamad diajukan soalan mengenai implikasi positif pertemuan Trump dan Jong Un terhadap konflik di antara kuasa dunia itu. Bagi Dr Mahathir hubungan yang dapat dibina hasil pertemuan itu boleh membuka peluang perdagangan dan diplomasi antarabangsa.