Pertindihan parti pembangkang disifatkan tiada hala tuju

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menganggap hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengetuai Pakatan Harapan hanya akan mengucar-kacirkan lagi Pakatan itu. Menurut beliau pertindihan cita-cita di kalangan parti pembangkang disifatkan tiada hala tuju dan tiada kesepakatan.