Pertukaran dokumen di Beijing bantu pelan perkembangan PROTON

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd menukar dua dokumen di Beijing semalam dengan rakan kongsi dari Pakistan dan China untuk membantu merancakkan pelan pengembangan masa depan syarikat itu. PROTON dalam kenyataan berkata yang pertama merupakan pertukaran dokumen untuk Perjanjian Pelesenan dan Bantuan Teknikal (LTAA) antara PROTON dan Al-Haj Automotive, iaitu pengedar rasmi kenderaan PROTON di Pakistan.