Perubahan bil elektrik sebab meter digital TNB lebih tepat - Tun M

Kenaikan mendadak bil elektrik Tenaga Nasional Berhad bukanlah atas arahan kerajaan. Tetapi kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perkara itu berlaku ekoran penggunaan meter digital yang memberikan bacaan yang lebih tepat.