Video  |  Malaysia

Perubahan pelan elak Ampang Park dirobohkan

Sedikit perubahan pelan reka bentuk penghubung pejalan kaki bawah tanah antara stesen MRT dan LRT Ampang Park akan menyelamatkan kompleks beli belah Ampang Park daripada dirobohkan. Bagaimanapun Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam kenyataannya menjelaskan, terowong untuk tren MRT masih perlu dibina di bawah pusat beli belah berkenaan.