Tutup

Peruntukan khusus isytihar harta gubal tahun depan

Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed menjangkakan satu peruntukan undang-undang yang khusus berkenaan pengisytiharan harta dan aset akan digubal selewat-lewatnya tahun hadapan. Jelasnya, inisiatif yang dilakukan kini juga sebahagian daripada proses menjadikan pentadbiran negara lebih telus.