Tutup

"Pes Gulai Tempoyak" juara SME Bank 90-Days Biz Challenge 2019

Kesungguhan empat pelajar Kolej Komuniti Jerantut, Pahang menghasilkan produk perniagaan membuahkan hasil apabila mereka dinobatkan sebagai juara pada pertandingan akhir 'SME Bank 90-Days Biz Challenge 2019'. Mempertaruhkan produk makanan "Pes Gulai Tempoyak", kumpulan yang dianggotai empat anak muda berusia 19 tahun itu berjaya menewaskan 19 kumpulan dari Kolej Komuniti dan Politeknik seluruh negara.