Pesan kepada pelajar: Jaga diri, jangan sampai hilang jari

Ini pula pesanan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik. Beliau melahirkan rasa sedih dengan beberapa kejadian pelajar yang cedera parah akibat bermain mercun setiap kali sambutan Aidilfitri. Katanya, dalam kegembiraan menyambut lebaran, para pelajar perlu mengutamakan keselamatan diri dan tidak mendedahkan diri dengan bahaya.