Tutup

Pesara polis didakwa memiliki senjata api tanpa kebenaran

Seorang imam yang juga pesara polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, Negeri Sembilan atas tuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa kebenaran serta mencuri. Pertuduhan ke atas Sulaiman Abdul Rahman, 63 tahun dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.