Tutup

Pesuruhjaya Pas Perlis di pindahkan ke Alor Setar

Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah HTF di kangar sejak malam Ahad kerana serangan jantung, dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah HSB Alor Setar. Ketua Penerangan Pas Negeri, Dr Saifizi Saidon berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang itu dipindahkan Ke HSB pada kira-kira 2 petang dengan menaiki ambulans.