Tutup

Pesuruhjaya Pas Perlis dibenarkan pulang

Pesuruhjaya Pas Perlis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Mohd. Shukri Ramli telah dibenarkan pulang ke rumahnya setelah beberapa minggu berada di wad Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Bagaimanapun, Ketua Penerangan Pas Perlis, Doktor Saifizi Saidon berkata, Mohd. Shukri masih perlu menjalani rawatan susulan dan memerlukan rehat yang secukupnya.