Tutup

Pesuruhjaya Pas Perlis masih kritikal

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sanglang yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli yang baru dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah masih berada dalam keadaan kritikal. Ketua Penerangan Pas Perlis, Dr Saifizi Saidon memaklumkan, masih belum ada perkembangan positif yang ditunjukkan pada tahap kesihatan Mohd Shukri.