Tutup

Petronas perlu teruskan prosiding di mahkamah tinggi

Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi kebenaran untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan negeri Sarawak, tidak menjejaskan sama sekali keupayaan syarikat minyak nasional itu untuk meneruskan tindakan undang-undang, dengan niat untuk mendapatkan kejelasan mengenai hak dan kedudukannya di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974.