Tutup

Petronas tonjol tradisi Kadazandusun Murut menerusi Kinoulian

Elemen kesatuan keluarga yang disulami dengan tradisi masyarakat Kadazandusun Murut menjadi inspirasi kepada cetusan idea iklan komersial Petronas sempena Pesta Kaamatan. Lebih menarik apabila filem pendek bertajuk Kinoulian yang bermaksud kepulangan itu berjaya menyentuh perasaan rakyat di Sabah termasuk lebih dua juta pengguna YouTube.