PH akan perkasa institusi ekonomi Bumiputera - Muhyiddin

Muhyiddin menjelaskan kerajaan Pakatan Harapan akan melaksanakan pembaharuan dan pemerkasaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk memperkasa ekonomi Bumiputera sekali gus membanteras rasuah serta ketirisan. Ia termasuk unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB),Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Amanah Ikhtiar Malaysia dan unit penyertaan Bumiputera.