PH jamin tidak sentuh hal peribadi

Pakatan Harapan memberi jaminan tiada mana-mana pemimpin akan melakukan serangan peribadi sepanjang jelajah kempen Pilihan Raya Kecil Port Dickson. Tegas Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Fahmi Fadzil, beliau sendiri akan mengingatkan mana-mana pemimpin yang memberi ceramah sepanjang kempen di Port Dickson untuk sentiasa berpegang pada etika.