PH mendapat tempat di hati rakyat berbilang kaum Port Dickson

Kemenangan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson membuktikan Pakatan Harapan mendapat tempat di hati rakyat berbilang kaum di daerah itu. Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menyifatkan kemenangan itu suatu kemenangan unik.