Tutup

PH perlu lebih berhati-hati tangani isu sejagat

Kerajaan Pakatan Harapan perlu lebih berhati-hati dalam menangani isu-isu sejagat seperti ICERD dan Statut Rom. Ini kerana jelas Pensyarah Kanan Sains Politik, UiTM, Mujibu Abd Muis, Pakatan Harapan terlalu ke hadapan dalam membawa isu ini sehingga tidak memberi penjelasan yang terperinci kepada umum. Ia sekali gus menyumbang kepada faktor penurunan kadar sokongan daripada rakyat terhadap pentadbiran kerajaan itu seperti yang didedahkan oleh kaji selidik Merdeka Center.