PH perlukan 'formula ajaib' di Rantau

Pakatan Harapan memerlukan formula ajaib bagi memastikan kemenangan calonnya, Dr. S. Streram pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Menurut Penganalisis Politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, kempen berbaki beberapa hari perlu dimanfaatkan sepenuhnya PH dalam menghadapi politik personaliti yang ketika ini memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan.