PH positif jumlah peratusan pengundi

Pakatan Harapan tetap positif dengan kehadiran peratusan pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson hari ini. Menurut Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil berkata daripada data parti sendiri yang direkodkan mendapati sebanyak 44 peratus pengundi dibawah usia 40 tahun keluar mengundi hari ini.