PH putuskan calon Bersatu bertanding PRK Semenyih

Pakatan Harapan meletakkan calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac depan. Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan itu dibuat dua hari lalu dalam satu mesyuarat tanpa kehadiran dirinya.