PH tidak main isu kaum di Semenyih - Anwar

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melaungkan kesediaan Pakatan Harapan (PH) berdepan kerjasama UMNO-PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih 2 Mac depan. Kata Anwar PH juga sedia dengan kemungkinan sentimen perkauman dan agama dimainkan pihak tertentu bagi meraih undi.