Tutup

Piala Malaysia 2019: LRT lanjutkan perkhidmatan

Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatan sehingga pukul 1.00 pagi di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu. Dalam kenyataan hari ini, syarikat pengendali Sistem Rel Transit bandar dan bas henti-henti itu berkata stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.