PIBK sebagai pelaburan modal insan

Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) di sekolah bukan sahaja meningkatkan kecemerlangan pelajar, malah menjadi pelaburan modal insan dalam pembentukan bangsa Malaysia Baharu. Dengan mengambil pendekatan yang lebih holistik terhadap pembelajaran, inisiatif PIBK mampu melahirkan pelajar berdisiplin serta maju di dalam dan luar bilik darjah.