Pihak berkuasa Kemaman arah kosongkan Tapak Pendaratan Penyu

Penduduk di sekitar Pantai Geliga, Kemaman menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu menceroboh kawasan pantai yang diwartakan sebagai Tapak Pendaratan Penyu. Ia turut mengundang kebimbangan penduduk berikutan telah mengganggu penyu untuk naik bertelur di kawasan yang mencatatkan pendaratan penyu tertinggi di Malaysia sejak setahun lalu.