Pinda akta: Cekup 'orang besar', sindiket judi haram

Kementerian Dalam Negeri bercadang untuk meminda beberapa akta sedia ada yang dilihat lapok melibatkan penguatkuasaan perjudian haram terutama atas talian. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peruntukan yang lebih khusus diperlukan lantaran pelayan (server) judi haram atas talian kadang kala berada di luar negara.