Tutup

Pindaan Akta Kanak-Kanak bakal dibentang di Parlimen

Pindaan Akta Kanak-Kanak yang komprehensif bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001, kini di peringkat akhir untuk disiapkan, sebelum dibentang pada persidangan Parlimen akan datang. Akta Baharu itu turut menyenaraikan beberapa fasal dan peruntukan mengenai penjagaan keselamatan kanak-kanak serta hukuman berat kepada pesalah.