Tutup

Pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959, elak sekatan perdagangan

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dalam proses membuat pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 bagi memastikan peruntukan undang-undang mematuhi standard ditetapkan. Menteri Sumber Manusia, M.Kula Segaran, berkata mesyuarat jawatankuasa teknikal tambahan dilaksanakan dalam masa terdekat untuk mendengar cadangan dan pandangan pihak berkepentingan berkaitan pindaan akta. Pindaan buruh terutama berkaitan soal pematuhan standard buruh antarabangsa perlu disegerakan bagi mengelak sekatan perdagangan seperti yang dijalankan Amerika Syarikat terhadap Thailand.