Pindaan turun had umur, daftar automatik boleh bersekali - SPR

Pindaan pendaftaran pengundi secara automatik melibatkan warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas boleh dipinda bersekali dengan pindaan menurunkan had umur mengundi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata ini kerana pendaftaran pengundi automatik hanya melibatkan peraturan-peraturan pilihan raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan peraturan-peraturan pilihan raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.